Sorting by

×

Ada peniaga masih degil, gagal pamer tanda harga

Masa Membaca:58 Saat

BANDA HILIR 14 Januari – Meskipun sudah banyak kali dikenakan tindakan termasuk kompaun, namun masih ada segelintir peniaga di negeri ini yang degil apabila dikesan masih gagal mempamerkan tanda harga pada barangan jualan masing-masing.

Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata setakat 12 Januari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memeriksa 1,124 premis dan membuka 44 kertas siasatan dengan kompaun dikeluarkan pula berjumlah RM4,800.

“Ada dalam kalangan peniaga ini melakukan kesalahan berulang. Malah ada yang pernah dikenakan kompaun tetapi masih mengulangi perkara sama

“Selain isu gagal pamer tanda harga kami turut mengesan elemen pencatutan,” kata pada sidang media selepas mengadakan ‘walkabout’ di Jonker Walk, di sini, malam tadi.

Hadir sama Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar dan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Melaka, Rohaimi Mohamed Zawawi.

Hee Sem berkata, pihaknya akan terus membuat pemantauan di lokasi tumpuan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas.

“Kami akan bertindak tegas kerana ini adalah lokasi tumpuan pelancong. Selepas ini jika mereka masih berdegil tiada lagi amaran dan kami akan terus keluarkan saman,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2969
Kongsi :
Previous post Plus jangka pergerakan dua juta kenderaan pada Tahun Baharu Cina
Next post Nak balik kampung jangan lupa isi VSP
Ubah saiz-+=