Adakan program keluarga angkat jika pelajar tidak dapat pulang beraya – KUIM

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 28 April – Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) bakal mengadakan program keluarga angkat buat pelajarnya yang tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Naib Canselor KUIM Datuk Dr Mohd Taib Dora berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan kerajaan sekiranya pelajar tidak dibenarkan merentas negeri.

“Kalau pelajar luar Melaka kita tengok contohnya Selangor kes agak tinggi jadi kita bagi pelajar ini buat keputusan kalau boleh balik perlu buat ‘swab test’ COVID-19.

“Tapi kalau tak boleh balik kampung kita cuba kumpulkan pelajar-pelajar ini untuk buat satu majlis hari raya atau program keluarga angkat bersama mereka.

“Sebab kita tak mahu hari raya pertama tu pelajar rasa sunyi dan sedih tak dapat pulang beraya,” katanya ketika dihubungi MHI.

Jelasnya, setakat ini hanya 20 peratus pelajar KUIM yang menetap di luar Melaka.

“Pelajar KUIM yang masih ada di kampus dalam 200 orang sahaja setakat ini.

“Kalau tak boleh pulang raya, kita buat majlis hari raya di kampus, kita galakkan kakitangan kita bersama dengan mereka dan sediakan sedikit bajet untuk jamuan raya pada hari raya pertama,” katanya.

Katanya bagaimanapun pelajar yang menetap di Melaka, ibu bapa dibenarkan untuk membawa pulang anak masing-masing.

“Saya percaya walaupun kerajaan umum tak boleh rentas negeri, tapi bagi ibu bapa yang ada di Melaka mereka tetap ambil anak mereka.

“Kebanyakan mereka ini orang Melaka, jadi kita juga akan sediakan bas dan hantar ke destinasi yang terdekat supaya tak perlu sesak-sesak cari pengangkutan lain,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

931
Kongsi :
Previous post Judi dalam talian: PDRM semak semula siasatan pembebasan Addy Kana, dua anggota polis
Next post Polis Melaka tidak komporomi pegawai dan anggota subahat Geng Nicky
Ubah saiz-+=