
ADUN Merlimau agih sisipan khas Smart A+
MERLIMAU 19 Feb. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Roslan Ahmad mengedarkan sisipan Khas ‘Didik SPM’ (Smart A+) kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di tiga sekolah Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut, hari ini.
Sisipan khas itu diagihkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Zahiruddin (100 sisipan khas), Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abd Rahman Ya’kub (250 sisipan khas) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum (170 sisipan khas).

Menurut Roslan, inisiatif itu bagi membantu pelajar SPM tahun 2020 membuat persediaan menghadapi peperiksaan tersebut.
“Kita edarkan sisipan khas ini kepada Pengetua setiap sekolah untuk diagihkan kepada seramai 500 pelajar SPM dalam DUN Merlimau.

“Diharap usaha ini dapat membantu pelajar mengulangkaji pelajaran di saat akhir sebelum menghadapi peperiksaan SPM pada Isnin ini,” katanya kepada MHI.
Hadir sama Pegawai Khas Roslan, Rizman Ghazali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BAWA BERITA BAIK UNTUK DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 23 Ogos - Lebih 15 bentuk sumbangan dan inisiatif dibawa pada siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan...
‘KITA TAK PILIH SIAPA MAHU DIDENGAR, SIAPA MAHU DIBANTU’ – AB RAUF
MACHAP JAYA 23 Ogos- Kerajaan Negeri dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh cakna dan mengambil peduli suara...
CUTI SEKOLAH: BELANJA RM70 DI MELAKA RIVER CRUISE BOLEH MENANG KERETA
DUYONG 23 Ogos - Cuti persekolahan yang bakal tiba ini boleh dimanfaatkan seisi keluarga untuk menikmati pelayaran dengan Melaka River...
1,000 JALUR GEMILANG HIDUPKAN SEMANGAT MERDEKA DI JASIN
JASIN 23 Ogos - Sebanyak 1,000 Jalur Gemilang menghiasi enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Jasin...
HARI KEBANGSAAN MELAKA: ASPEK KESELAMATAN JADI KEUTAMAAN
BANDARAYA MELAKA 23 Ogos - Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka kini berjalan lancar mengikut jadual dengan kerja...
KETUA MENTERI TURUN PADANG JUMPA RAKYAT MACHAP JAYA, ASAHAN ESOK
AYER KEROH 22 Ogos - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh akan turun padang menjelajah Dewan Undangan Negeri...
