Guru parah tak sempat ke sekolah

Masa Membaca:59 Saat

BEMBAN 19 Feb. – Seorang guru wanita  parah selepas kereta dipandu hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori di Jalan Bemban – Tehel berhampiran, di sini pagi tadi.

Dalam kemalangan jam 10.50 pagi tadi, Toyibah Md Dasin, 53, yang dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bemban parah di beberapa bahagian badan manakala pemandu lori berusia 46 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Saga dipandu mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Ayer Molek menghala ke SMK Bemban manakala lori berkenaan dari arah Bemban menghala ke Bukit Katil.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kereta mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki ke laluan bertentangan dan merempuh lori berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan.

“Setakat ini, mangsa masih belum sedarkan diri manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati jalan berkenaan berselekoh dan cuaca berada dalam keadaan baik.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1243
Kongsi :
Previous post Lelaki hidap gout, buah pinggang maut akibat COVID-19
Next post ADUN Merlimau agih sisipan khas Smart A+
Ubah saiz-+=