AGENSI PERUMAHAN PERLU SEDIAKAN KEDIAMAN SELESA, BERKUALITI

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 November – Agensi dan pemain industri perumahan setiap negeri perlu memainkan peranan sebagai penyedia kediaman yang selesa dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia seiring dengan hala tuju kerajaan berhubung pembangunan kesejahteraan rakyat yang terbilang dan kemampanan bandar terancang.

“Kami di Melaka, optimis memastikan kesejahteraan dan keselesaan rakyat di negeri ini terus terpelihara, memiliki kediaman sebagai tempat berlindung yang selesa selain selamat adalah faktor penting dalam membina kesejahteraan individu serta keluarga.

“Berdasarkan transaksi hartanah di Malaysia dan Melaka, bagi tempoh separuh pertama tahun 2024, masing-masing mencatatkan sebanyak 198,906 transaksi bernilai RM105.65 bilion dan 9,469 transaksi bernilai RM3.06 bilion.

“Alhamdulillah, jumlah bilangan transaksi meningkat kepada 23.8 peratus, sementara itu nilainya pula juga kepada 28.4 peratus berbanding separuh pertama tahun 2023,” kata Ketua Menteri ketika berucap pada Majlis Makan Malam Simposium Perumahan Negeri-Negeri Se-Malaysia Tahun 2024 di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Hadir sama Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM), Datuk Tpr. Murad Husin; Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan para pemaju perumahan.

Whatsapp Image 2024 11 22 At 12.29.52 Pm
– RAIS bersama kenamaan yang hadir pada Majlis Makan Malam Simposium Perumahan Negeri-Negeri Se-Malaysia Tahun 2024 di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berharap semua pemaju perumahan dapat menggerakkan usaha memperkasa sektor perumahan negara agar lebih dinamik.

“Saya percaya, setiap agensi perumahan telah melaksanakan pelbagai usaha dalam membentuk sektor perumahan lebih cekap, mampan dan inklusif.

“Justeru, kerjasama erat antara agensi perumahan dan pemain industri adalah kunci utama dalam mencapai visi tersebut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

33
Kongsi :
Previous post SANG BEDAL MASUK PERANGKAP DI SUNGAI MALIM
Next post ANGGOTA POLIS DIDAKWA CURI RANTAI LEHER, RANTAI TANGAN MILIK WANITA YANG MENINGGAL DUNIA
Ubah saiz-+=