
Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari Polis ke-215
Seri Paduka menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga PDRM atas khidmat bakti dan jasa yang dicurahkan dalam memikul amanah dan tanggungjawab memelihara keamanan negara dan rakyat Malaysia.
Baginda turut menyanjung tinggi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga dan pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira penat lelah, masa dan situasi.
“Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia,” titah Al-Sultan Abdullah dalam kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Facebook Istana Negara hari ini.
Dalam hantaran sama, baginda turut mendoakan agar seluruh warga PDRM dirahmati dan dilindungi Allah SWT daripada segala bentuk ancaman dan musibah serta para pahlawan negara yang telah terkorban ditempatkan bersama para solihin.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TEKNOLOGI AI DALAM PERTANIAN TARIKAN UTAMA MAHA 2026
JASIN 23 Mei - Teknologi pertanian terkini termasuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) antara tarikan utama disajikan buat pengunjung pada Pameran...
MELAKA JADI ‘WAJAH’ FILEM KONSPIRASI
BANDARAYA MELAKA 23 Mei - Keindahan dan keunikan Negeri Melaka mendapat perhatian industri perfileman tanah air apabila dipilih sebagai antara...
MELAKA SEDIA KEMUDAHAN PINJAMAN PERUMAHAN BANTU B40
BANDARAYA MELAKA 23 Mei - Dana Hartanah Bumiputera (DHB) yang disediakan Kerajaan Negeri menerusi Melaka Finance House (MFH) merupakan antara...
WRUR BAWA IMPAK BESAR UNTUK WARGA KOTA LAKSAMANA
KOTA LAKSAMANA 23 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana...
KEJOHANAN GOLF PPSPM PROMOSI ECO CRUISE SUNGAI LINGGI
BANDARAYA MELAKA 23 Mei - Kejohanan Golf Piala Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) yang dijadual berlangsung pada 12...
MELAKA MAHU LAHIRKAN LEBIH RAMAI GENERASI BERILMU
AYER KEROH 23 Mei - Pelbagai inisiatif kearah kecemerlangan akademik anak Melaka dilaksanakan Kerajaan Negeri ketika ini bukan sekadar untuk...
