‘Ah Long’ sekali lagi didakwa

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 24 Dis. – Padah menawarkan pinjaman wang tanpa lesen, seorang lelaki yang juga ‘Ah Long’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Tertuduh, Wong Kok Hing, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua enam pertuduhan terhadapnya yang dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menjalankan perniagaan sebagai pemberi pinjaman wang tanpa lesen sah kepada enam individu secara berasingan masing-masing berusia 40, 52, 31, 57 dan 23 tahun.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang dari    RM250,000 dan tidak lebih RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di sekitar daerah Melaka Tengah antara 25 Julai 2019 hingga 12 Disember 2020.

Prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin tidak menawarkan jaminan bagaimanapun sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin beliau mencadangkan jumlah jaminan RM 50,000 diberikan kepada tertuduh bagi kesemua pertuduhan.

Tertuduh, yang diwakili peguam Loong Meng Si merayu kepada mahkamah agar jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi selain turut menanggung ibu serta bapa yang sudah tua.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kesemua pertuduhan selain menetapkan 27 Januari depan tarikh sebutan semula kes.

Semalam, tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Gajah atas kesalahan yang sama.

Views:

705
Kongsi :
Previous post Kerajaan komited bina titik persamaan dengan ADUN pembangkang
Next post MOTAC tawar 40 peratus diskaun kompaun kepada pengusaha dan pemandu pelancong berlesen
Ubah saiz-+=