
Ahmad Zahid nafi wujud perbualan dengan Anwar seperti rakaman audio
KUALA LUMPUR 7 April. – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan terdapatnya perbualan antara beliau dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti dalam rakaman audio yang tersebar baru-baru ini.
Beliau yang kecewa dan terkejut dengan penyebaran audio berkenaan berkata, pegawainya akan segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan, untuk mengenal pasti dalang di sebalik perkara itu.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu percaturan politik yang jahat dan jijik, yang mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO.
Ahmad Zahid berkata, sebagai Presiden UMNO beliau tidak akan mencabuli dan membelakangi ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) dan Perhimpunan Agung parti itu.
Audio perbualan antara dua individu yang dikatakan mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar tersebar di media sosial dan blog baru-baru ini, didakwa berlaku selepas Perhimpunan Agung UMNO.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KECELARUAN POLITIK SEMASA, PELUANG CERAH BN-PN MENANG LEBIH 21 KERUSI DI MELAKA
TABOH NANING 12 November – Kecelaruan politik di peringkat Persekutuan ketika ini dilihat mampu membuka ruang lebih luas kepada Barisan...
SEMBOYAN 14 NOVEMBER: LANGKAH BAHARU BN-PN MENUJU PUTRAJAYA
TABOH NANING 12 November – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bukan sekadar medan menentukan siapa diberi mandat untuk mentadbir...
TUNJUK ‘JARI BERCELUP’, NIKMATI DISKAUN 10 PERATUS MASUK ZOO MELAKA
AYER KEROH 12 November - Jari bertanda dakwat pilihan raya bukan sekadar bukti sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, malah boleh...
KERAJAAN TAWAR PEMBIAYAAN RM14,000 SEHEKTAR UNTUK TANAM SEMULA SAWIT
AYER MOLEK 12 November - Pekebun kecil kelapa sawit persendirian yang mempunyai pokok berusia lebih 25 tahun digalakkan melaksanakan tanaman...
PRN MELAKA: KERJASAMA BN-PN DI LENDU, PENYATUAN TANPA PINGGIR KAUM LAIN
LENDU 12 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04...
PELANCONG INDIA TERPESONA MAGIS MELAKA
BANDA HILIR 12 November - Keunikan sejarah, kepelbagaian budaya serta sajian makanan yang ditawarkan menjadikan Melaka sebuah destinasi pelancongan menarik...
