Aidilfitri: 168 kemalangan, satu maut di daerah Alor Gajah

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

ALOR GAJAH 8 Mei – Daerah Alor Gajah merekodkan sebanyak 168 kes kemalangan sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri bermula 29 April sehingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Polis Azrul Mohamed berkata, daripada jumlah itu, seorang mangsa maut, manakala 23 mengalami kecederaan.

Menurutnya lagi, kes kemalangan yang dicatatkan pada Op Selamat sempena Aidilfitri kali ini menunjukkan peningkatan berbanding dua tahun sebelumnya.

“Seperti mana kita sedia maklum statistik pada tahun 2019 dan 2022 perbezaan ini kita ambil kira sebab 2021 kita PKP yang mana kadar kemalangan meningkat sebanyak dua kes daripada 166 kes kepada 168 kes manakala kes kemalangan maut berkurangan iaitu pada 2019 melibatkan empat kemalangan maut dan tahun ini hanya satu kes kemalangan maut.

“Untuk makluman semua, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dipertanggungjawab untuk memastikan dua laluan utama keluar masuk yang melibatkan tol Simpang Ampat dan Plaza Tol Ayer Keroh berada dalam keadaan baik dan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Op Selamat di Plaza Tol Simpang Ampat, semalam.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan sepanjang tempoh Op Lancar dijalankan bertujuan mengawal aliran trafik, Melaka merekod sebanyak 367,542 kenderaan masuk ke negeri ini.

Katanya, jumlah itu membabitkan 164,915 kenderaan di Plaza Tol Simpang Ampat, dan 202,627 kenderaan dari Plaza Tol Ayer Keroh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1390
Kongsi :
Previous post Lebih 10,000 meriahkan rumah terbuka Parlimen Masjid Tanah
Next post Dua penunggang Y15 terima ‘surat’ raya
Ubah saiz-+=