
Lebih 10,000 meriahkan rumah terbuka Parlimen Masjid Tanah
LENDU 8 Mei – Bukan setakat menjamu selera dengan pelbagai hidangan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Parlimen Masjid Tanah dimeriahkan dengan persembahan artis dan persembahan bunga api.
Dianggarkan lebih 10,000 tetamu sekitar Masjid Tanah hadir ke sambutan rumah terbuka berkenaan yang bermula jam 6 petang.

Kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Isteri Datin Seri Utama Munia M Yusop memeriahkan lagi sambutan rumah terbuka berkenaan yang dianjurkan Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin di Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini, malam tadi.
Sulaiman turut meluangkan masa menyantuni ribuan pengunjung yang hadir ke rumah terbuka berkenaan meskipun mempunyai jadual yang padat.

Penganjur turut menyediakan aktiviti menarik untuk kanak-kanak seperti persembahan badut dan melukis corak inai pada muka.
Majlis tamat pada jam 11 malam itu berjalan dengan lancar dengan tetamu termasuk ibu bapa membawa bersama anak masing-masing untuk menikmati kemeriahan Aidilfitri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
115 PASUKAN BERENTAP REBUT KEJUARAAN PERLUMBAAN PERAHU NAGA MELAKA 2026
BANDA HILIR 27 Jun - Sebanyak 115 pasukan dari dalam dan luar negara berentap merebut gelaran juara dalam Perlumbaan Perahu...
KPKT LULUS 5 PERMOHONAN BINA BAHARU RUMAH RAKYAT MEMERLUKAN DI JASIN
RIM 27 Jun - Sebanyak lima permohonan pembinaan rumah baharu di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Jasin...
TRANSFORMASI ZOO MELAKA SEBAGAI DESTINASI KELUARGA – CMI
AYER KEROH 27 Jun - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) memperhebat usaha memperkasakan Zoo Melaka menerusi pelbagai penambahbaikan termasuk menaik...
PROGRAM JOM SANTAI @DATARAN MBMB MERIAHKAN SUASANA MALAM MINGGU
AYER KEROH 27 Jun - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menganjurkan Program Jom Santai @ Dataran MBMB susulan kehadiran pengunjung...
TUN DR. MOHD ALI RAI 50 ANAK YATIM DUN RIM SEMPENA HARI ASYURA
RIM 26 Jun - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari...
MAIM SEMAI KASIH SAYANG KEPADA ANAK YATIM RAYSAS SEMPENA HARI ASYURA
PANTAI KUNDOR 26 Jun - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada anak yatim bersempena Hari...
