
Aidilfitri istimewa untuk bekas anak seni Melaka
AYER KEROH 20 April – Kelab Kebajikan dan Sosial Institut Warisan Melaka (INSWA) telah mengadakan program Kembara Ramadan ke rumah anak yatim, asnaf dan penggiat seni di sekitar Negeri Melaka.
Program tahunan itu merupakan sebahagian insiatif INSWA bagi meraikan penggiat seni Negeri Melaka juga anak-anak yatim dan asnaf menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Pengurus Besar INSWA, Encik Abdul Malek Bador berkata, program berkenaan bertujuan membantu para penggiat seni Negeri Melaka terutamanya yang sudah tidak mampu mencari pendapatan serta yang kehilangan mata pencarian sepanjang berlakunya pandemic COVID-19.
Menurut beliau, seramai 25 orang penggiat seni Negeri Melaka terdiri daripada ahli muzik dan penyanyi dondang sayang telah disantuni pada program berkenaan.
“Kesemua penggiat seni yang diziarah menerima bantuan kit makanan dan saguhati wang tunai daripada pihak INSWA.
“Selain itu, sumbangan turut diberikan kepada dua buah rumah anak-anak yatim iaitu Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin dan Pertubuhan Kebajikan dalam program ini.
“INSWA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penaja yang telah sudi memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan makanan untuk diberikan kepada para penggiat seni dan anak yatim serta asnaf di Negeri Melaka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR SELESAI DI 28 DUN, AMANAH KEPADA RAKYAT TIADA GARIS PENAMAT
TANJUNG BIDARA 19 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang telah menjelajah kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN)...
KEMERIAHAN PANTAI TANJUNG BIDARA BAWA REZEKI BUAT PENIAGA
TANJUNG BIDARA 19 September - Meriah bukan sahaja dengan kehadiran pengunjung malah penganjuran Pesta Pantai Tanjung Bidara yang diadakan bersekali...
WRUR, JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT RANCAKKAN EKONOMI KOMUNITI
TANJUNG BIDARA 19 September - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) dan Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat turut memberikan...
AB RAUF FOKUS PEMBANGUNAN, JAGA RAKYAT MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 September - Keutamaan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika ini adalah untuk menerajui pentadbiran...
MELAKA BAKAL JADI MEDAN PERHIMPUNAN SENI SILAT NUSANTARA
TANJUNG BIDARA 19 September - Melaka berhasrat menjadi medan penyatuan warisan seni dan budaya rumpun Melayu menerusi penganjuran Perhimpunan Seni...
TAK PERLU JANJI TEMU, HEBAT MACAM ‘ONE STOP CENTRE’
TANJUNG BIDARA 19 September - Tidak perlu menunggu janji temu atau mencari ruang untuk masuk ke pejabat kerajaan, sebaliknya hanya...
