AB RAUF FOKUS PEMBANGUNAN, JAGA RAKYAT MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

TANJUNG BIDARA 19 September – Keutamaan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika ini adalah untuk menerajui pentadbiran negeri selain memastikan pembangunan Melaka terus dilaksanakan bersama rakyat.

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata, fokus beliau masih sama iaitu menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat Melaka.

“Saya tidak mahu komen lebih tetapi apa pun Melaka adalah tumpuan baharu politik setelah beberapa perkembangan dalam politik ini berubah.

“Jadi siapa juga hendak mengukur kedudukan politik masa depan negara berdasarkan daripada keadaan politik di Melaka terserah kepada kebijaksanaan serta pemikiran masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Laga Badai Selat Melaka Tanjung Bidara, di Pantai Tanjung Bidara, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Md Azhan Samat; Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Erne Hamsah dan lain-lain kenamaan.

Terdahulu, beliau diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO yang menyifatkan PRN Melaka sebagai penanda atas awal untuk melihat reaksi politik dan awam terhadap perkembangan membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

170
Kongsi :
Previous post MELAKA BAKAL JADI MEDAN PERHIMPUNAN SENI SILAT NUSANTARA
Next post WRUR, JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT RANCAKKAN EKONOMI KOMUNITI