Pelancongan MICE bantu tingkat tempahan hotel Melaka

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 20 April – Pelancongan membabitkan penganjuran Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) akan diperkasakan di Melaka, kata Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Beliau berkata, pemerkasaan itu perlu bagi membantu meningkatkan tempahan hotel terutama pada hari biasa.

“Setakat ini di Melaka tidak ada masalah dengan tempahan hotel, kesemua perkhidmatan hotel mencukupi.

“Kita melihat tempahan hotel oleh pelancong pada hujung minggu cukup memberangsangkan, jadi kita pastikan penganjuran MICE pada hari biasa akan membantu tempahan bilik hotel dengan lebih konsisten,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan TIC Mobile dan Edaran Pek Kuih Raya Kepada Pelancong di Lebuh Ayer Keroh, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Badaruddin Mohd Kassim; Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron.

Tambahnya, di Melaka sebanyak 502 premis berdaftar menawarkan perkhidmatan perhotelan, resort, inap desa, chalet dan pangsapuri.

Katanya, dari jumlah itu sebanyak 23,261 bilik dibuka kepada pelancong yang datang ke negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1229
Kongsi :
Previous post ‘Cucu asyik tanya bila atuk nak balik..’
Next post Aidilfitri istimewa untuk bekas anak seni Melaka
Ubah saiz-+=