
Ajal ketika pulang berkonvoi
ALOR GAJAH 25 September – Seorang remaja yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 maut selepas dirempuh kereta dari arah belakang di Kilometer 202.9 Arah Utara Lebuhraya Utara Selatan, tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 pagi itu, Muhammad Nasrul Adnan, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berkonvoi di Melaka bersama 12 rakan ketika itu sedang dalam perjalanan pulang menghala ke Kuala Lumpur.
Katanya, ketika di lokasi, mangsa dipercayai telah melanggar belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero di lorong kiri, sebelum terjatuh dan dilanggar kereta jenis Perodua Bezza dari arah belakang.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.
“Kenderaan yang terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom),” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut meminta pemandu pemandu Pajero, rakan-rakan mangsa yang turut sama berkonvoi dan orang awam yang melihat kejadian tampil membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
