
Ajal langgar khinzir
TAPAH, 24 Jan. – Seorang pekerja sebuah restoran makanan segera di Hentian Rehat dan Rawat di sini, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang melanggar seekor khinzir di KM59 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur tengah malam tadi.
Mangsa, Muhammad Rasidi Shamsuddin, 35, meninggal dunia di lokasi yang merupakan Jalan Persekutuan akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 12.05 tengah malam itu, mangsa sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya di Bidor, di sini dari tempat kerja.
“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah melanggar seekor binatang dipercayai khinzir sehingga terbabas dan cedera parah, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans yang datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat pagi ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Views:
Related


Berita Lain
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
ANAK TANJUNG BIDARA TERIMA KOMPUTER RIBA SUMBANGAN ‘TOK RAUF’
TANJUNG BIDARA 17 Jun - Sumbangan komputer riba yang disampaikan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjadi...
ILMU KEIBUBAPAAN PANDUAN PENTING BUAT BAKAL IBU
TELOK MAS 17 Jun -Setiap wanita menunggu kelahiran cahaya mata perlu mempersiapkan diri daripada aspek fizikal, emosi dan mental yang rapi...
KISAH IBU MITHALI, TOKOH DAKWAH JADI TUMPUAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH MELAKA
TELOK MAS 17 Jun – Pengorbanan, ketabahan dan sumbangan dua tokoh berbeza latar belakang menjadi tumpuan apabila mereka dinobatkan sebagai...
LEBIH 100,000 RAKYAT MELAKA NIKMATI MANFAAT INISIATIF KEBAJIKAN NEGERI
TELOK MAS 17 Jun – Semangat hijrah yang menuntut perubahan ke arah kehidupan lebih baik diterjemahkan Kerajaan Negeri menerusi pelbagai...
BAKTI TOKOH MAAL HIJRAH WAJAR JADI SURI TELADAN – AB RAUF
TELOK MAS 16 Jun – Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM68,000 bagi menghargai dan mengiktiraf 13 Tokoh Maal Hijrah atas jasa...
