
Akademi al-Quran pertama di DUN Merlimau – Dr Muhamad Akmal
MERLIMAU 13 Jun – Sebuah Akademi al-Quran yang pertama bakal dibina di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dalam masa terdekat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kewujudan akademi itu bukan sahaja memberi keutamaan kepada pendidikan agama anak-anak, malah golongan dewasa yang ingin mempelajari hukum tajwid.
“Insya-Allah akademi al-Quran yang pertama di dalam DUN Merlimau akan diwujudkan dalam tempoh terdekat. Akademi ini bukan sahaja untuk anak-anak tetapi dibuka juga untuk orang dewasa terutama dalam pembelajaran hukum tajwid.
“Dan (akademi itu terbuka juga) kepada golongan yang tidak berkemampuan, insya-Allah yuran anda akan kami bayarkan yang penting anda mahu belajar sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.
Menurutnya, mana-mana individu yang ingin menyumbang kepada penubuha akademi itu boleh berhubung secara terus dengan beliau.
“Doakan akademi ini mampu memberikan kebaikan kepada semua dan sesiapa yang nak menyumbang dalam pembinaan akademi al-Quran ini juga boleh terus berhubung dengan saya.
“Bila kita belajar al-Quran menjadikan kita lebih mendekati dengan Allah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR LAMBANG KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT
GADEK 15 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) disifatkan sebagai manifestasi kasih sayang Kerajaan Negeri kepada rakyat secara...
MURAL TUAH–JEBAT SEMAI SEMANGAT WARISAN GENERASI MUDA
GADEK 15 April – Usaha mengangkat sejarah dan jati diri bangsa perlu bermula sejak di bangku sekolah agar generasi muda...
PROMOSI APRIL LEBIH BERBALOI DI MELAKA WONDERLAND
AYER KEROH 15 April – Bermula 17 hingga 19 April ini, Melaka Wonderland Theme Park & Resort tampil dengan promosi...
MELAKA SEDIA BANTU USAHAWAN BERKEMBANG DENGAN TEKNOLOGI BAHARU
GADEK 15 April - Kerajaan Negeri sedia membantu usahawan tempatan khususnya dalam sektor pertanian untuk mengembangkan penggunaan teknologi baharu sekali...
TUNAS ILHAM MAIM BANTU ANAK ASNAF LEBIH BERSEDIA DUDUKI UPKK 2026
PENGKALAN BATU 15 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menganjurkan Program Tunas Ilham Bagi Tahun 2026-2027 iaitu sebuah program...
RUMAH PUSAKA LEBIH SEABAD KEMBALI ‘BERSERI’
GADEK 15 April - Hanya rasa syukur dapat dizahirkan Asenah Baba, 85, apabila rumah pusaka lebih seabad yang didiaminya kini...
