Aliran trafik di Melaka pada skala 1

Masa Membaca:57 Saat

BANDARAYA MELAKA 20 Februari – Aliran trafik di Melaka masih berada di tahap terkawal meskipun beberapa tempat kelihatan sesak sempena cuti umum Tarikh Memperingati Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, hari ini

Ketua Polis Melaka Datuk Wira Zainol Samah berkata, hasil pemantauan Jabatan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka mendapati aliran trafik di semua jalan keluar dan masuk Melaka pada skala satu.

Beliau bagaimanapun menasihati orang ramai agar merancang perjalanan ke mana-mana destinasi pelancongan yang menawarkan kemasukan percuma bagi mengelakkan kesesakan.

“Saranan daripada pihak JSPT Melaka agar orang ramai menggunakan pengangkutan awam yang ada untuk mengelakkan kesesakan.

“Selain itu, jangan sesekali meletak kenderaan di bahu jalan-jalan utama dan gunakanlah parkir awam yang disediakan.

“Kita juga menyarakan agar orang ramai pastikan kenderaan di tempat yang selamat dan berkunci serta tidak menghalang kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Zainol berkata, JSPT Melaka akan mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya berlaku halangan lalu lintas di negeri ini, namun ia hanya akan dilaksanakan secara berhemah.

Beliau turut meminta, orang ramai mematuhi arahan yang ditetapkan petugas trafik di setiap kawasan pelancongan di negeri ini.

/END

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

495
Kongsi :
Previous post Kenaikan kadar bantuan ‘Back To School’ MAIM ukir senyuman
Next post Besar makna masuk percuma untuk keluarga kurang mampu
Ubah saiz-+=