Sorting by

×

ALUMNI SUMBANG RM100,000 UNTUK MOZAC SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

BANDA HILIR 3 Mei – Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC) menyumbangkan sebanyak RM100,000 pada Majlis Makan Malam Sambutan Jubli Emas MOZAC bagi menyokong pelbagai aktiviti kecemerlangan sekolah itu.Ā 

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Makan Malam Sambutan Jubli Emas MOZAC Datuk Seri Dr. Razali Ab Malik berkata, sumbangan itu dizahirkan hasil komitmen alumni yang kembali berhimpun selepas sekian lama tidak bertemu.

Katanya, sumbangan kepada alma mater itu bertujuan memacu kecemerlangan dan aktiviti pelajar sekolah terbabit yang saban tahun melahirkan golongan cerdik pandai.

ā€œMajlis Jubli Emas ini mempunyai nilai sentimentalnya sendiri, kita berusaha kumpulkan seramai mungkin alumni MOZAC untuk saling mengenal semula rakan seangkatan dan mengeratkan silaturahim.

ā€œDaripada pertemuan ini juga, kita harap dapat membuka ruang kerjasama lebih luas antara alumni dan pihak sekolah.

ā€œSebagai bekas pelajar, semuanya bermula di sekolah ini dan hasil sumbangan daripada majlis Jubli Emas ini juga dikembalikan kepada sekolah,ā€ katanya kepada Melaka Hari Ini pada majlis berkenaan.

C98bc844 48c1 4f2f 8ddd aa8210d1134e
ALUMNI MOZAC terdiri daripada pelbagai generasi dan berbilang bangsa yang hadir memeriahkan Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Jubli Emas MOZAC.

Mengulas lanjut, Razali berkata sambutan ke-50 tahun itu memperlihatkan kegembiraan dalam kalangan alumni yang hadir, sekali gus menghidupkan kembali kenangan lama di sekolah berkenaan.

Beliau yang juga mantan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan turut berkongsi kenangan sebagai pelajar dalam kumpulan perintis ā€˜batch’ 1976, iaitu kumpulan pertama yang membuka Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di sekolah berkenaan.

ā€œAntara yang paling saya ingat, kami pernah mandi di hadapan rumah pengetua disebabkan kekangan air ketika itu.

ā€œKami juga bergotong-royong bersama guru dan pekerja sekolah mencabut rumput dan lalang, membersihkan padang serta banyak lagi kenangan dan didikan disiplin di sekolah yang diterapkan oleh guru-guru.

ā€œDi sinilah saya belajar dan dibentuk menjadi siapa saya hari ini,ā€ katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1265
Kongsi :
Previous post ‘PETTING ZOO’ GAMATKAN SUASANA MENARA TAMING SARI
Next post KAMPUNG DIGITAL MELAKA SUDAH LENGKAP, 618 KAMPUNG TERIMA ALAMAT BAHARU