
Alunan ayat suci al-Quran sambut ketibaan calon SPM 2020
BATU BERENDAM 22 Feb. – Alunan ayat suci al-Quran menyambut ketibaan calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, hari ini.
Tinjauan Melaka Hari Ini di sekolah berkenaan sejak awal pagi mendapati alunan zikir dan al-Quran itu mula berkumandang sejak ketibaan pelajar terbabit ke sekolah itu jam 6.30 pagi.

Turut dilihat guru-guru menyambut ketibaan pelajar bagi memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) dipantau ketat memandangkan buat julung kalinya peperiksaan SPM berlangsung dalam suasana norma baharu sejak pandemik COVID-19 melanda tahun lalu.
Difahamkan, semua pelajar yang tiba dikehendaki mengimbas suhu dan mengisi borang deklarasi COVID-19 sebelum memasuki pekarangan dewan peperiksaan untuk menduduki kertas pertama iaitu Bahasa Melayu yang bermula pada jam 8.15 pagi.
Untuk rekod, seramai 13,464 calon SPM daripada 74 buah sekolah di Melaka akan menduduki peperiksaan pada hari ini, melibatkan seramai 1,312 petugas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
