
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh negeri
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di tujuh negeri sehingga Ahad ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan berterusan diramalkan berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Hulu Perak), Kelantan, Terengganu dan Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan).
Dalam kenyataan berasingan, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora tahap kategori pertama dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan sehingga Isnin depan.
“Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 kilometer sejam (kmsj) dan 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di perairan Terengganu dan Kelantan sehingga Isnin depan.
“Bagi aktiviti perkapalan, angin kencang timur laut (kategori pertama) juga turut dijangka mencapai berkelajuan dan ketinggian ombak yang sama di kawasan perairan Samui, utara Tioman, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan sepanjang tempoh sama,” menurut kenyataan itu.
Menurut MetMalaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini, berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan serta pantai termasuk bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ZAKAT PERNIAGAAN RM150,000, TANDA PRIHATIN KEPADA ASNAF MELAKA
KOTA LAKSAMANA 9 September - Komitmen sektor korporat menunaikan zakat terus memberi sinar kepada golongan memerlukan apabila RM150,000 zakat perniagaan...
ZIARAH KASIH DUN AYER LIMAU TAK KIRA MUSIM
AYER LIMAU 9 September - Program ziarah kasih yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, bukan sekadar dilaksanakan...
WRUR AYER LIMAU: 80 PEMANCING SERTAI PERTANDINGAN MEMANCING UDANG GALAH SEPIT BIRU
AYER LIMAU 9 September - Seramai 80 pemancing mengambil bahagian dalam Pertandingan Memancing Udang Galah Sepit Biru bersempena Program Wakil...
‘TAK PERCAYA TOK RAUF DATANG, MACAM MIMPI’
AYER LIMAU 9 September - Ada yang teruja, malah menyifatkan peluang berjumpa empat mata dengan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
30 BOT BERHIAS, PERTANDINGAN TEBAR JALA ANTARA TARIKAN FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
AYER LIMAU 9 September - Jumlah penyertaan bagi pertandingan bot berhias sempena Festival Sungai Melaka 2026 di Jeti Nelayan Telok...
MAIM SASAR LEBIH RAMAI BELIA SERTAI BSAT
AYER KEROH 9 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan lebih ramai golongan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi...
