Anak buaya tembaga gemparkan Kampung Paya Rumput

Masa Membaca:54 Saat

PAYA RUMPUT 2 Mac – Penduduk di Kampung Paya Rumput Jaya Hilir, di sini, gempar apabila terlihat kehadiran seekor anak buaya tembaga yang muncul di Sungai Air Batu, semalam.

Bagaimanapun, reptilia itu berjaya ditangkap sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Tengah sebaik menerima panggilan dariapada orang awam pada jam 12.30 tengah hari.

Pegawai Operasi, Latihan dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Melaka Tengah, Leftenan (PA) Mohd Kamil Hassan berkata, seramai empat anggota dikerahkan ke lokasi untuk operasi menangkap spesies berkenaan.

Katanya, anggota bersama orang awam mengambil masa kira-kira tiga jam sebelum buaya seberat 15 kilogram itu berjaya ditangkap.

“Sebaik mendapati anak buaya itu berada di dalam sungai, anggota terpaksa menggunakan pam air untuk mengeringkan air, selain jaring milik penduduk kampung juga terpaksa digunakan untuk menangkap buaya itu.

“Operasi mengambil masa kira-kira 3 jam sebelum buaya sepanjang satu meter itu berjaya ditangkap,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Menurut beliau, buaya yang ditangkap itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka untuk tindakan selanjutnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

605
Kongsi :
Previous post Cakna pencapaian akademik anak Melaka
Next post Perkim Masjid Tanah aktif majukan asnaf, mualaf
Ubah saiz-+=