Anak mahu ikut jejak arwah bapa jadi anggota bomba

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

SERI NEGERI 24 Ogos – Balu kepada anggota bomba Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, yang meninggal dunia ketika terlibat membantu mangsa banjir di Sungai Putat, pada Oktober tahun lalu terharu, jasa suaminya mendapat penghargaan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Penganugerahan Bintang Gagah Perkasa (B.G.P) itu diberikan pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-73 Tuan Yang Terutama (TYT), hari ini.

Menurut Noraida Che Noh, 40, dia dan keluarga sama sekali tidak menyangka pengorbanan suaminya masih diingati meskipun kejadian sudah hampir setahun berlalu.

“Amat terharu apabila diberitahu arwah suami akan menerima anugerah ini, walaupun pemergiannya sudah lama namun jasanya tetap diingati.

“Arwah tiada tetapi tetap dihargai oleh Tun Mohd Ali, saya dan keluarga amat berterima kasih kepada kerajaan negeri atas anugerah ini,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut berharap penganugerahan itu dapat memberi semangat buat anak-anak agar ada di antara mereka akan mengikut jejak langkah ayahnya berkhidmat sebagai pasukan penyelamat.

“Anak nombor tiga Muhammad Danish Hakim, 13, ada menunjuk minat menjadi bomba dan saya harap ini akan menjadi inspirasi kepadanya.

“Saya tidak akan halang malah akan akan menyokong minat anak itu kerana kerjaya itu merupakan kerjaya mulia untuk membantu masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1527
Kongsi :
Previous post Anugerah terindah Datuk Amy Search
Next post Lelaki parah, kereta ‘terbang’ depan kilang
Ubah saiz-+=