
Anak Melaka dipelawa lanjut pelajaran di KUIM
LENDU 9 Jan. – Kerajaan negeri mempelawa semua anak jati negeri ini yang berkelayakan supaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali berkata, pelbagai insentif akan disalurkan antaranya bantuan ‘one off’ berjumlah RM1,000 diperuntukkan buat pelajar baharu.
“Seperti mana di umumkan dalam Belanjawan Melaka 2021, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM1,000 buat pelajar baharu yang juga merupakan anak jati Melaka mendaftar di KUIM.
“Malah, melalui pembiayaan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) turut memperuntuk bantuan awal pengajian buat anak jati negeri ini.
“Jadi kerajaan negeri menyeru anak Melaka supaya menuntut di KUIM yang diperakui mempunyai pelbagai bidang dan tenaga pengajar yang profesional ke arah mendapatkan pendidikan yang bermutu setaraf universiti yang lain di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Program Jom Masuk Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) diadakan di Dewan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM),di sini sebentar tadi.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Md. Rawi Mahmud, ADUN Kuala Linggi, Datuk Wira Ar. Ismail Othman dan Naib Canselor KUIM, Datuk Dr. Mohd Taib Dora.
Views:
Related
Berita Lain
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos - Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas...
OUM PILIHAN WARGA KERJA, OKU BINA KERJAYA SAMBIL BELAJAR
AYER KEROH 17 Ogos - Pembelajaran fleksibel, yuran pengajian yang kompetitif serta kemudahan pembelajaran dalam talian menjadikan Open University Malaysia...
POLIS SIASAT KES LELAKI DITUMBUK BERKAITAN TAPAK NIAGA
MELAKA 17 Ogos - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki yang ditumbuk di bahagian kepala, dipercayai berpunca daripada perselisihan...
JAKIM DEKATI REMAJA, TANGANI ISU SOSIAL
PENGKALAN BATU 17 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) ke seluruh...
INKLUSIVITI DESA FELDA HUTAN PERCHA PUKAU DELEGASI 18 NEGARA
BANDA HILIR 17 Ogos - Pengalaman tinggal bersama masyarakat Felda Hutan Percha memberi kesan mendalam kepada 20 peserta dari 18...


