Anugerah Smart Partnership angkat taraf usahawan DMDI

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BANDARAYA MELAKA 26 Jun – Anugerah Smart Partnership Usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) mengangkat taraf usahawan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke peringkat antarabangsa.

Presiden DMDI Malaysia, Datuk Md Nasir Ghani berkata kesemua penerima merupakan usahawan di bawah DMDI yang dipilih memenuhi kriteria khusus dan cemerlang.

Katanya, majlis tersebut merupakan acara tahunan dan baharu dua kali diadakan dengan mengikut giliran berdasarkan undian.

“InsyaAllah program ini akan berterusan dan sampai suatu ketika, kita mahukan anugerah Smart Partnership ini sama standard dengan ‘level’ dunia kerana DMDI ini kita mempunyai cabang rangkaian di 23 buah negara seluruh dunia.

“Dan menerusi anugerah ini usahawan dapat menaikkan taraf mereka untuk melangkah lebih jauh dan pasarkan produk mereka ke tahap lebih tinggi,” katanya.

IMG_8673
Presiden DMDI Malaysia, Datuk Md Nasir Ghani mengadakan sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Smart Partnership Usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) anjuran DMDI Melaka dan DMDI Putrajaya bersama Persatuan Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di Hotel LaCrista Melaka. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Anugerah dan MoU Smart Partnership Usahawan IKS di sebuah hotel di sini hari ini.

Penganugerahan terbabit disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Pengerusi DMDI Melaka, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Pengerusi DMDI Putrajaya, Datuk Joyah Abdul Rashid.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1432
Kongsi :
Previous post Seorang anggota TUDM maut, dua jurulatih cedera ketika latihan menembak
Next post Sasar ibu tunggal beri kursus bimbingan jadi usahawan
Ubah saiz-+=