
APM akan perbaharui aset menyelamat tahun ini
GENTING HIGHLANDS 14 Ogos – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan memperbaharui aset miliknya dalam memastikan tugas-tugas penyelamatan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata beliau bersama APM telah mengusulkan cadangan beberapa aset yang perlu diperbaharui kepada kerajaan.
“Dalam usaha meningkatkan prestasi membantu dan menguruskan bencana bersama agensi-agensi yang lain, APM akan menambah ataupun menukar kenderaan yang melibatkan pembelian kereta pacuan empat roda, dan ambulans baharu untuk digunakan oleh anggota-anggota dalam tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas Majlis Perjumpaan bersama Pengarah dan Pegawai APM Pahang di sini, semalam.
Mengulas mengenai perolehan helikopter, Mohd Redzuan berkata pihaknya sedang mengkaji sama ada akan melakukan pembelian atau menyewa dengan pembekal-pembekal diiktiraf di Malaysia.
“Kita sedang berbincang dengan pembekal-pembekal yang diiktiraf di Malaysia, apakah bentuk perkhidmatan yang lebih baik dari segi nilai perkhidmatan itu sendiri,” katanya.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
21 KELAS BIMBINGAN MAIM PERKASA KEFAHAMAN MUALAF MELAKA
BUKIT KATIL 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited memperkukuh kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan mualaf...
JIWA RAKYAT TOK AJAK
TELOK MAS 2 Julai - Di sebalik senyuman mesra dan sikap mudah didekati yang sering menjadi perhatian penduduk Telok Mas,...
TOK RAUF ‘SPONSOR’ KENDURIAN MELAKA, 2,000 PENGUNJUNG PERTAMA CUMA BAYAR RM10
AYER KEROH 2 Julai - Orang Melaka menjadi 2,000 pengunjung pertama hadir ke Festival Durian Melaka 'Kendurian' 2026 pada 5 Julai...
KEMBALI BERGERAK TANPA SAKIT DENGAN ENDOSKOPIK DISKEKTOMI
Oleh: Dr. Chan Kin Hup Pakar Bedah Saraf Oriental Melaka Straits Medical Centre MASALAH sakit belakang kini semakin membimbangkan dan...
WRUR SERKAM BIMBING BELIA JADI USAHAWAN BERJAYA
SERKAM 2 Julai - Usaha melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan belia terus diperkasakan menerusi Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan...
MELAKA MILIKI 29 TAPAK WARISAN GEOLOGI
TELOK MAS 1 Julai - Sebanyak 29 tapak warisan geologi yang dikenal pasti di seluruh negeri ini bakal menjadi produk...

