
Arca flora serikan bulatan MITC dan Seri Negeri
AYER KEROH 2 Februari – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menaik taraf dua bulatan dalam kawasan pentadbirannya dengan pelbagai konsep yang menterjemahkan maksud keteguhan.
Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata kerja naik taraf itu dilaksanakan di bulatan MITC dan bulatan Seri Negeri.
Jelasnya kedua-dua bulatan dihias dengan arca berbentuk flora dan diceriakan lagi dengan pencahayaan lampu LED khusus pada waktu malam.
“Bagi bulatan MITC, kita memilih arca bunga Kesidang dan Bunga Raya, manakala di tengahnya kita bina replika menara dilingkari lampu LED yang akan menaikkan suasana malam.
“Sementara itu di bulatan Seri Negeri pula kita hias dengan arca bunga dandelion bersama replika menara yang turut dilingkari dengan lampu LED.
“Arca bungaan dan replika menara di kedua-dua bulatan memberi maksud keteguhan, bermaksud Ayer Keroh merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sapiah, turut memaklumkan penambahbaikan akan dilakukan pihaknya untuk kelestarian lokasi tumpuan baharu sekitar Ayer Keroh dalam masa terdekat.
Jelasnya, MPHTJ akan menghias pintu masuk ke negeri ini dengan mengindahkan pintu gerbang, jejantas dan memasang lampu hiasan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BINA GENERASI KEDUA ASNAF MAMPU UBAH MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasar untuk melahirkan generasi kedua asnaf yang bukan sahaja berjaya...
SUNGAI UDANG: RAIS BERI BAYANGAN ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’
SUNGAI UDANG 11 Oktober - 'Sudah terang lagi bersuluh' menjadi bayangan dan isyarat daripada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk...
EKONOMI BIRU MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa pertumbuhan Ekonomi Biru atau 'Blue...
JEREBU: KURANGKAN AKTIVITI LUAR, ELAK UDARA TERCEMAR
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Rakyat Melaka dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang masih berada pada tahap tidak...
SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
AYER KEROH 11 Oktober - Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula seperti biasa esok (Isnin, 12 Oktober), susulan...
PERZIM KAJI PENDEKATAN BAHARU NAIK TARAF PAMERAN MUZIUM
BANDA HILIR 11 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengumpulkan idea dan input baharu menerusi lawatan penanda aras ke lima...
