
AS mahu dapatkan undi singkirkan Rusia dari Majlis Hak Asasi Manusia PBB
WASHINGTON, 5 April – Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengumumkan akan mendapatkan undian dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyingkirkan Rusia daripada Majlis Hak Asasi Manusia.
Pengumuman itu dibuat susulan video dan gambar yang didakwa menunjukkan kekejaman dilakukan tentera Rusia.
“Kami tidak boleh membiarkan negara anggota mencacatkan setiap prinsip yang kami pegang dan tidak sepatutnya gunakan kerusinya dalam majlis itu sebagai alat propaganda,” lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap Jabatan Negara, Ned Price.
Ahli majlis itu boleh disingkirkan jika mendapat undian dua pertiga dalam Perhimpunan Agung jika sesebuah negara didapati terlibat dalam “penderaan kasar dan sistemik”.
Sekurang-kurangnya 410 mayat orang awam ditemukan di bandar Bucha pada Ahad, menurut ketua pendakwa raya Ukraine.
Rusia telah menafikan tenteranya terlibat dalam pembunuhan orang awam semasa berundur dari bandar itu.
Ukraine dilaporkan menggesa organisasi antarabangsa menghantar pakar ke negara itu secepat mungkin bagi mengumpul bukti jenayah perang.
Terdahulu pada Isnin, Presiden Joe Biden menggesa Presiden Vladimir Putin dikenakan tindakan kerana kesalahan melakukan jenayah perang dan beliau “harus bertanggungjawab.”- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
110 KEDIAMAN UZUR DIGANTI BAHARU SEPANJANG PENTADBIRAN TOK RAUF
KUALA LUMPUR 12 September - Kerajaan Melaka membina baharu dan membaik pulih kediaman penduduk kurang mampu yang uzur serta daif...
TOK RAUF PUAS DAPAT BAWA DUNIA KE MELAKA
KUALA LUMPUR 12 September - Kejayaan penganjuran pelbagai acara bertaraf dunia di Melaka bukan sahaja membantu mempromosikan negeri ini sebagai...
WRUR AYER LIMAU: LEBIH 10,000 ORANG KAMPUNG BERI SOKONGAN
AYER LIMAU 12 September - Lebih 10,000 penduduk kampung membanjiri pelbagai program sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TELUK BEREMBANG: DARI PAYA BAKAU KE DESTINASI PELANCONGAN
AYER LIMAU 12 September - Dahulu, kawasan ini hanyalah sebuah hutan paya bakau berlumpur yang sering ditenggelami banjir, namun siapa...
KAMPUNG BERINGIN SATU KOMUNITI, SATU HATI
DURIAN TUNGGAL 12 September - Perbezaan usia dan latar belakang tidak menghalang warga Kampung Beringin untuk terus berkumpul, mengeratkan silaturahim...
ILMU MESTI DITERJEMAH, BUKAN SEKADAR DISIMPAN
BANDA HILIR 12 September - Hasil penyelidikan dan penemuan akademik perlu diterjemahkan kepada penyelesaian yang memberi manfaat kepada masyarakat, bukan...
