COVID-19: Angka kes sembuh atasi kes baharu semalam – KP Kesihatan

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

KUALA LUMPUR, 5 April – Angka kes sembuh COVID-19 yang direkodkan di Malaysia semalam mengatasi jumlah kes baharu dengan 23,302 kes, menjadikan kumulatif kes pulih kini 4,041,723, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kes baharu pula terus menunjukkan penurunan bawah 15,000 dengan 10,002 kes bagi tempoh sama, menjadikan kumulatif kes di negara ini kini mencecah 4,256,469 kes.

Katanya lebih separuh atau 5,495 kes (54.94 peratus) daripada kes baharu meliputi pesakit kategori satu dan 4,418 kes (44.17 peratus) kategori dua, manakala kategori tiga dengan 30 kes (0.30 peratus); kategori empat sebanyak 33 kes (0.33 peratus); dan kategori lima hanya 26 kes (0.26 peratus).

“Daripada kes baharu, 9,904 kes adalah jangkitan tempatan sementara hanya 98 kes import. Selain itu, sebanyak 236 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 140 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19, Dr Noor Hisham berkata peratusan penggunaan katil kes kritikal atau ICU tertinggi direkodkan di Kuala Lumpur dengan 60 peratus dan Perlis sebanyak 55 peratus.

Beliau berkata peratusan penggunaan katil bukan ICU tertinggi pula direkodkan di Putrajaya dengan 69 peratus dan Selangor (56 peratus), manakala katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara di bawah paras 50 peratus.

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai Rt dicatatkan di seluruh negara adalah 0.86 dengan Selangor masih merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.03 dan Kelantan mencatat kadar paling rendah dengan 0.68, katanya.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

732
Kongsi :
Previous post AS mahu dapatkan undi singkirkan Rusia dari Majlis Hak Asasi Manusia PBB
Next post Pelitup muka bukan perubatan perlu dapatkan perakuan Sirim mulai 4 Julai
Ubah saiz-+=