
Atlet 13 tahun dari Nyalas bawa pulang emas untuk Melaka
KUALA LUMPUR 20 September – Melaka membawa pulang pingat emas pertama dalam acara angkat berat Sukan Malaysia (Sukma) 2022 sebentar tadi.
Pingat emas itu diraih menerusi Nurul Syasya Khairina Syamsur, 13 yang merupakan atlet termuda dihantar pada temasya kali ini.
Nurul Syasya yang juga anak jati Nyalas, Asahan berjaya melakukan angkat terberat untuk menewaskan pencabarnya dalam kategori 49 kilogram wanita.
Kejayaan itu turut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Fairul Nizam Roslan menerusi rakaman video di laman Facebooknya.
“Angkatan Emas dari Nurul Syasya (13 tahun) untuk Melaka. Tahniah Syasya. Anak jati Nyalas DUN Asahan. Kategori 49kg Wanita,” katanya.
Untuk rekod, ia merupakan emas pertama Melaka dalam acara angkat berat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: KIMMA GERAK JENTERA, BANTU PENGUNDI INDIA MUSLIM KELUAR MENGUNDI
PENGKALAN BATU 13 November - Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menggerakkan jentera di seluruh 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)...
AB RAUF MAHU KOA DENKO BUKA LEBIH BANYAK PELUANG KEPADA SYARIKAT TEMPATAN
AYER KEROH 13 November – Peluasan operasi KOA Denko Malaysia Sdn Bhd di Melaka diharap membuka lebih banyak ruang kerjasama...
ABDUL HADI GUNA ANALOGI WUDUK JELASKAN KEWAJIPAN MENGUNDI
PAYA RUMPUT 13 November – Kewajipan mengundi bagi memilih kerajaan diumpamakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang seperti mengambil...
MELAKA SASAR JADI HAB SEMIKONDUKTOR, TEKNOLOGI CANGGIH – AB RAUF
AYER KEROH 13 November – Melaka menyasarkan untuk memperkukuh kedudukannya sebagai hab industri semikonduktor dan teknologi canggih menerusi usaha menarik...
PRN MELAKA: DIRA SASAR SOKONGAN LEBIH 3,000 PENGUNDI BAHARU
RIM 13 November - Pertambahan lebih 3,000 pengundi baharu, khususnya dalam kalangan mereka berusia 18 hingga 21 tahun, menjadi antara...
JENTERA BN-PN JANGAN TERLALU SELESA, PASTIKAN PENGUNDI KELUAR AWAL – RAIS
PAYA RUMPUT 13 November - Jentera Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya tidak dibuai keyakinan pada penghujung...

