Atlet, pelatih OKU mampu capai kejayaan

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

AYER KEROH 21 Disember – Biarpun tidak mempunyai kecerdasan atau keupayaan mental normal seperti atlet lain, namun ia tidak mematahkan semangat Nurul Syahfinaz Aishira Mohd Zamri,21 untuk berjaya dalam Sukan Olimpik.

Pernah meraih pingat emas di Sukan Olimpik Khas Dunia 2023 Jun lalu, itu membuktikan Nurul Syahfinaz Aishira setanding dengan atlet lain biarpun memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Nurul Syahfinaz Aishira ketika ditemui Melaka Hari Ini berkata, dia mempunyai kemahiran dalam sukan olahraga sehingga pernah mewakili Malaysia ke Berlin, German bagi pertandingan sukan ‘bocce’.

“Alhamdulillah saya dapat Anugerah Atlet Special Olympic 2023, biarpun baharu setahun terlibat dalam bidang kesukanan, namun ia adalah bukti saya berusaha untuk mencapai tahap ini.

“Bila diumumkan dapat anugerah ini perasaan gembira dan berdebar itu tidak boleh diungkapkan, rasa mahu menangis pun ada sebab selama ini ibu, ayah dan jurulatih selalu memberi sokongan dan semangat.

“Terima kasih kepada semua yang pernah membimbing saya, ibu dan ayah selalu pesan setiap kali menyertai pertandingan jangan lupa solat dan berdoa,” kata anak bongsu daripada sembilan beradik ini.

Whatsapp Image 2023 12 20 At 17.04.19 Aa9b4531
MUHAMMAD Fauzan Anugerah Tokoh Orang Kurang Upaya Pelatih PPDK Cemerlang 2023.

Terdahulu Nurul Syahfinaz Aishira menerima anugerah itu pada Majlis Apresiasi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) sempena Sambutan Hari Warga Emas dan Hari OKU Negeri Melaka Tahun 2023 di Dewan Mini Bistari, semalam.

Anugerah itu disampaikan isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Wira (Dr) Asmah Ab Rahman.

Sementara itu, Muhammad Fauzan Muharam,31, meluahkan rasa syukur apabila diberikan Anugerah Tokoh Orang Kurang Upaya Pelatih PPDK Cemerlang 2023.

“Alhamdulillah kerana saya diberikan anugerah ini, saya jadi pelatih sejak tahun 2013 lagi di PPDK Seri Malindo Alor Gajah, memang sejak dulu saya aktif dalam pelbagai program khususnya pemerkasaan ekonomi PPDK.

“Mungkin itu melayakkan saya menerima anugerah ini, biarpun tidak mempunya fizikal sempurna seperti orang lain, tetapi saya mahu belajar bersungguh-sunggu untuk berjaya di masa hadapan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1609
Kongsi :
Previous post Tawar kupon diskaun di 28 lokasi tarikan pelancongan
Next post Bangunkan instrumen buat UNIMEL, Rusyda terima Anugerah Akademik Terbaik Keseluruhan
Ubah saiz-+=