
ATM gagalkan penyeludupan 510 kg daun ketum di Sungai Golok
KELANTAN 4 Mei – Pasukan Briged Kelapan (8 Briged) merampas 510 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM15,300 di Sungai Golok, 26 April lalu.
Menurut kenyataan markas itu, rampasan itu hasil pemantauan dan rondaan anggota keselamatan berkenaan yang menemui beberapa longgokan bungkusan plastik hitam yang mencurigakan di tebing Sungai Golok.
Katanya, hasil pemeriksaan terhadap bungkusan itu menemukan 50 plastik hitam berisi daun ketum.
“Semua bungkusan plastik hitam itu mengandungi 510 kg daun ketum dianggarkan bernilai RM15,3000,” kata kenyataan itu.
Mengulas lanjut, kenyataan itu turut memaklumkan rampasan berkenaan adalah yang kedua bulan lalu dan yang kesembilan sepanjang tahun ini.
“Rampasan itu sekali gus menunjukkan penyeludupan daun ketum di sempadan Kelantan – Thailand semakin aktif berikutan permintaan dan harga tinggi di pasaran negara jiran.
“Hasil rampasan itu diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Narktotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25
ASAHAN 30 Jun - Rakyat Melaka berpeluang menikmati bufet durian premium dari jenis Musang King dan Block Thorn pada harga...
MEDIPULIH RANCANG BUKA EMPAT CAWANGAN BAHARU, PERLUAS AKSES PENJAGAAN KESIHATAN
TELOK MAS 30 Jun - MediPulih Melaka merancang untuk membuka sehingga empat lagi cawangan baharu di negeri ini dalam usaha...
URUSAN DENGAN KERAJAAN JADI LEBIH MUDAH MENERUSI HARI ADUAN RAKYAT
SERKAM 30 Jun - Hari Aduan Rakyat bukan sekadar medium untuk menyuarakan isu setempat, sebaliknya turut dimanfaatkan oleh orang ramai...

