‘Awang import’ Melaka United perlu beri sumbangan lebih besar

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

KELAB Bolasepak Melaka United akan mempersiapkan diri sebagai satu pasukan berdaya saing sepanjang tempoh rehat panjang sebelum aksi liga bersambung.

Pemangku Ketua Jurulatih Melaka United Mohd Asri Ninggal berkata, tempoh rehat itu akan dimanfaatkan untuk memperbaiki segala kelemahan pasukan.

“Sebenarnya apabila saya dilantik sebagai pemangku jurulatih, saya tahu department atau bahagian mana yang perlu kita perkuatkan, kerana saya sudah lama bersama pasukan ini.

“Jadi, saya rasa itu antara kelebihan yang saya ada dan juga pemain-pemain yang dibawa masuk untuk season ini juga pemain-pemain yang yang bagus, jadi saya rasa daripada situlah kita dapat membentuk pasukan yang mantap.

“Saya harapi dengan rehat panjang ini kita dapat membentuk pasukan yang berdaya saing yang boleh memberi cabaran kepada pasukan-pasukan lain kerana aksi yang akan datang adalah aksi yang begitu susah sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Melaka United berjaya menempah ke slot suku akhir dengan menewaskan PJ City FC 2-1 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

MOHD Asri Ninggal

Mengulas lanjut, Mohd Asri turut menekankan pentingnya lima tonggak pemain import Melaka United untuk bermain lebih agresif pada saingan-saingan mendatang.

Ujarnya, hal itu ditekankan selepas melihat pelbagai kekurangan ketika menentang PJ City malam tadi.

“Saya rasa pemain-pemain import perlu beri sumbangan yang lebih lagi kerana pasukan Melaka memang bergantung kepada mereka, 49 peratus kekuatan pasukan Melaka United di tangan lima pemain import ini.

“Dalam aksi malam tadi, saya melihat kita mempunyai banyak peluang namun terlepas kerana kesilapan mudah, namun usaha bermati-matian wajar dipuji selepas membolosi dua kali gawang pelawat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

899
Kongsi :
Previous post Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Next post Hayati nilai toleransi dan kasih sayang sempena Hari Wesak – PM
Ubah saiz-+=