
Ayahanda Permaisuri Selangor meninggal dunia
SHAH ALAM, 20 April – Ayahanda Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Abdul Rahman Baba meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 3.40 pagi tadi.
Istana Selangor dalam satu hantaran di laman Instagram dan Facebook Selangor Royal Office hari ini memaklumkan bahawa Allahyarham Abdul Rahman kembali ke rahmatullah hari ini (20 April 2021), bersamaan 8 Ramadan 1421 Hijrah.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari melalui ciapan di laman Twitternya mengucapkan takziah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mukmin yang soleh,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENDIDIKAN ANAK MUDA TIDAK TERHENTI DI BILIK KULIAH – AB RAUF
SERI NEGERI 24 September - Pendidikan dan pembangunan generasi muda tidak seharusnya terhad di bilik kuliah, sebaliknya perlu dilengkapi ruang...
ILMU PESARA JADI PENYULUH GENERASI BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka disaran terus menyumbang ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan kepada generasi penjawat...
DEBAT PIALA KETUA MENTERI BENTUK MAHASISWA BERFIKIRAN KRITIS
SERI NEGERI 24 September - Mahasiswa perlu mempunyai keupayaan menilai kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau membuat kesimpulan, terutama dalam berdepan...
PESARA ‘TIANG SERI’ PEMBANGUNAN MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Golongan pesara perkhidmatan awam Negeri Melaka disifatkan sebagai antara 'tiang seri' yang turut menyumbang kepada...
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAKA CIPTA SEJARAH, JUARA DEBAT PIALA KETUA MENTERI
SERI NEGERI 24 September - Pasukan A Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melaka mencipta sejarah sebagai juara sulung Pertandingan...
MELAKA KENANG BAKTI PESARA PERKHIDMATAN AWAM
BANDA HILIR 24 September - Seramai 41 pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka menerima sumbangan berjumlah RM24,600, manakala lapan waris pegawai...
