Ayam bakar ‘laku keras’ di Rumah Terbuka Aidilfitri Lendu

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

LENDU 15 Mei – Ayam bakar menjadi antara juadah pilihan orang ramai yang berkunjung ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, yang bertempat di Japerun Lendu di sini malam tadi.

Majlis rumah terbuka itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Kehadiran tetamu kehormat itu disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Isteri Datin Seri Munirah M Yusop.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari, Speaker DUN Datuk Wira Ibrahim Durum sert Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam dan tetamu kenamaan lain.

6a7668cf-4e6e-4ec8-b50d-d068965b51b7
Majlis rumah terbuka itu turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali

Tinjauan Melaka Hari Ini di majlis tersebut mendapati orang ramai sanggup beratur lama dan panjang untuk menunggu mengambil hidangan ayam bakar yang disediakan.

Menurut Mohd Shaari Mohamad, 38, yang memiliki Restoran Ayam Golek Angah di Pekan Masjid Tanah berkata pihaknya menerima undangan untuk membuka gerai ayam bakar pada majlis rumah terbuka itu dan membawa kira-kira 1,000 ekor ayam untuk dibakar dan disaji kepada tetamu.

“Kita telah bakar ayam bermula jam 1 petang siang tadi, dan sehingga jam 9 malam tadi, sudah lebih 800 ekor ayam telah habis dibakar.

“Saya letak je ayam yang sudah dibakar, habis…letak sahaja habis. Saya bersama enam orang pekerja tidak menang tangan melayan orang ramai yang sanggup beratur panjang untuk menikmati hidangan ini” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1284
Kongsi :
Previous post Muzium Bomba suntik daya tarikan pelancong ke Melaka
Next post Naik beca ke Rumah Terbuka Aidilfitri Ayer Limau
Ubah saiz-+=