Naik beca ke Rumah Terbuka Aidilfitri Ayer Limau

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER LIMAU 15 Mei – Orang ramai yang hadir memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Limau di Kampung Jeram berpeluang menaiki beca secara percuma.

Sebanyak enam buah beca dari Persatuan Beca Warisan Melaka disediakan bagi perkhidmatan menghantar pengunjung yang memarkir kenderaan jauh dari lokasi sambutan itu.

Beca yang dihiasi dengan lampu berwarna-warni dengan alunan bertemakan Aidilfitri memeriahkan suasana sambutan terbabit.

Seorang pengayuh beca ingin dikenali sebagai Mad berkata, sejak 8 malam tadi lebih 40 pusingan dilakukannya bagi menghantar orang ramai yang hadir pada majlis tersebut.

Katanya, kayuhan pusingan lebih tiga kilometer tanpa henti memberikan kenangan bermakna kepada pengunjung berkesempatan merakamkan gambar kenangan bersama keluarga ketika dalam perjalanan ke rumah terbuka itu.

e087e9e7-76c9-4026-b9d9-66d8a4114340
SUASANA kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri Ayer Limau dipenuhi dengan pengunjung pelbagai lapisan masyarakat.

Terdahulu, tinjauan Melaka Hari Ini mendapati kemeriahan luar biasa berlaku pada waktu puncak mengakibatkan kesesakan kecil berlaku di persimpangan masuk kampung berkenaan.

Keadaan itu bagaimanapun terkawal berikutan dibantu oleh anggota keselamatan termasuk pihak polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Lebih 29 gerai makanan pelbagai jenis juadah tradisi ditawarkan serta aneka jenis minuman dihidangkan kepada kira-kira 7,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

Rumah terbuka diadakan itu juga turut dihadiri Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dengan diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama,  Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1571
Kongsi :
Previous post Ayam bakar ‘laku keras’ di Rumah Terbuka Aidilfitri Lendu
Next post Penerbangan domestik di LTAM akan diaktifkan
Ubah saiz-+=