Ayam serendah RM5.99 satu kilogram – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BANDA HILIR 9 November – Penamatan subsidi harga ayam sejak 1 November lalu menyaksikan bekalan makanan itu dijual serendah RM5.99 satu kilogram (kg) di negeri ini.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, hasil pemantauan dijalankan mendapati rata-rata bekalan makanan itu dijual pada harga berpatutan atau maksimum RM9.40 satu kg.

Katanya, pasukan penguat kuasa dan pegawai pemantau harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka sentiasa memantau bekalan serta pergerakan harga ayam dari semasa ke semasa.

“Pemerhatian saya melalui aplikasi ‘Price Catcher’ ada ayam bersih dijual serendah RM5.99 satu kg di negeri ini, ada juga RM7 dan paling maksimum RM9.40.

“Walaupun harga sudah diapungkan pengguna dinasihat dan disarankan untuk menjadi lebih bijak dengan sentiasa membandingkan harga sebelum melakukan pembelian. Purata harga ayam di negeri ini adalah sekitar RM7.00 hingga RM9.40 satu kg,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Tuminah Kadi@Hashim dan Timbalan Pengarah merangkap Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN negeri, Rohaimi Zawawi.

Terdahulu, media melaporkan melaporkan kerajaan bersetuju agar subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan sepenuhnya berkuat kuasa 1 November lalu bagi mengurangkan ketirisan yang mana pada ketika ini turut dinikmati warga asing serta golongan berpendapatan tinggi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1249
Kongsi :
Previous post ‘Pushbike’ tampil aksi comel si cilik
Next post Lapan barangan tersenarai dalam SHMMP Deepavali 2023
Ubah saiz-+=