
BAJET 2025 : UTAMAKAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT
AYER LIMAU 3 Oktober – Lebih mesra rakyat dan memfokuskan kepada bantuan sara hidup antara aspek diminta diberikan perhatian oleh Kerajaan dalam merencanakan Bajet Negeri Melaka 2025 hujung tahun ini.
Mohd Amin Hashim, 63, ketika ditemui Melaka Hari Ini berkata bajet kali ini perlu dikategorikan kepada dua bahagian iaitu melibatkan orang muda dan golongan lama (veteran).

“Kalau orang muda pastikan pendidikan diutamakan, subsidi atau alternatif lain seperti pinjaman dengan bayaran balik lebih rendah dapat mengurangkan tanggungan pengajian.
“Bantuan sara hidup pula sesuai buat orang lama khusus mereka tidak berpencen. Diharap bajet 2025 ini lebih mesra rakyat yang membantu kerajaan dalam membangunkan negara ke arah lebih baik,” katanya.

Bagi Kamarudin Ahmad, 56, pula Kerajaan Negeri perlu meneruskan bantuan diberikan sebelum ini kepada penduduk kampung khususnya.
“Sekarang kita lihat ekonomi orang kampung sudah banyak menurun, jadi saya rasa bantuan sara hidup perlu disuarakan pada setiap kali pembentangan bajet.
“Fikirkan bagaimana untuk meningkatkan pendapatan penduduk khususnya orang-orang kampung,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...
