BAJET MELAKA 2025: 2,500 TERAWAL TERIMA INSENTIF PRA-PERKAHWINAN PERCUMA
SERI NEGERI 27 Disember – Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) buat julung kali menyediakan Program Insentif Pra-Perkahwinan kepada 2,500 peserta terawal secara percuma bermula tahun hadapan.
Inisiatif tersebut telah diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika membentangkan Bajet Melaka 2025.
Katanya, Kerajaan Negeri berbesar hati menyediakan program insentif tersebut sebagai usaha membangunkan institusi keluarga yang merupakan tonggak kesejahteraan masyarakat.
“Sebanyak RM400,000 diperuntukan Kerajaan Begeri bagi pelaksanaan dua program iaitu yang pertama Program Insentif Pra-Perkahwinan kepada 2,500 peserta terawal bagi mengikuti kursus kahwin percuma di bawah MAIM.
“Sementara itu yang kedua Program Mesra Bayi dengan pemberian Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM150 buat ibu-ibu yang menyambut kelahiran cahaya mata pada hari ini (27 Disember) sempena pembentangan Bajet 2025,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Ucapan Bajet 2025 bertemakan Memangkin Pembangunan Terancang, Membina Masa Depan Gemilang pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BERAS MELAKA BAKAL DIPASARKAN, HANYA RM26 SEKAMPIT
MERLIMAU 22 Januari - Kerajaan Negeri bakal mengeluarkan beras putih tempatan dikenali sebagai Beras Melaka dalam usaha membantu menambah stok...
PERUBAHAN PORTFOLIO EXCO MELAKA TETAP BERLAKU – KM
ASAHAN 22 Januari - Rombakan portfolio Exco Kerajaan Negeri tetap akan dilakukan bagi memberi keseimbangan dalam tugas dan tanggungjawab setiap...
KEBUN DURIAN JADI PRODUK PELANCONGAN MELAKA
ASAHAN 22 Januari - Kerajaan Melaka menyokong usaha mana-mana pengusaha durian yang ingin menjadikan kebun mereka sebagai produk ekopelancongan di...
PROGRAM TVET BANTU ANAK MELAKA MILIKI SIJIL KEMAHIRAN
RIM 22 Januari - Kerajaan Negeri akan memastikan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak tercicir dan berpeluang menyambung pelajaran...
GADEK HOTSPRING LAIN DARI YANG LAIN – PENGUNJUNG
GADEK 22 Januari - Kompleks Air Panas Gadek yang kini dikenali sebagai Gadek Hotspring Wellness & Spa Resort telah dilancarkan...
RESTORAN TERAPUNG MENDAM BERAHI PPSPM BEROPERASI FEBRUARI DEPAN
BANDARAYA MELAKA 22 Januari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal melancarkan Restoran Terapung Mendam Berahi (RTMB) dalam...