MELAKA SEDIA TABUNG BANTUAN DIALISIS
SERI NEGERI 27 Disember – Tabung Bantuan Dialisis Negeri Melaka akan disediakan bermula tahun depan dengan peruntukan berjumlah RM100,000.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu bakal memberi manfaat kepada pesakit buah pinggang yang berkelayakan, khususnya golongan B40 di negeri ini.
Menurut beliau, ia merupakan sebahagian inisiatif Program Kesihatan Awam bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik.
“Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan RM3 juta untuk pelbagai program kesihatan awam, termasuk menambah Saringan Kesihatan Jantung dalam Program MBIO Sihat.
“Selain itu, Program MESRA Ambulans untuk pesakit terlantar B40 bagi temujanji kemasukan wad dan temujanji menggunakan fasiliti kemudahan kesihatan kerajaan seperti Pusat Rehabilitasi PERKESO yang telah mendapatkan rujukan doktor di hospital kerajaan juga akan diteruskan.
“Pada masa sama, program Peluang Kedua: Back to Community juga akan diselaraskan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), selain Program Jom Sihat yang merangkumi intervensi bersama pelbagai agensi dan NGO Negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025, di Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA ADAKAN JELAJAH ‘TOWN HALL’ DI SETIAP IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan jelajah 'town hall' di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) di...
W.R.U.R: LALUAN BAHARU PENGANGKUTAN AWAM DI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 14 Januari - Satu peta laluan baharu sedang dimohon Kerajaan Negeri kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi...
ANAK MUDA TERUJA INISIATIF W.R.U.R
KUALA LINGGI 14 Januari - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) DUN Kuala Linggi 2025 nyata memberi impak kepada...
5 KEMALANGAN MAUT LIBAT PELAJAR SEKOLAH DI MELAKA SEPANJANG 2024
KUALA LINGGI 14 Januari - Sebanyak 18 kemalangan direkodkan membabitkan pelajar pergi dan balik sekolah di Melaka sepanjang tahun lalu....
NAIK TARAF STADIUM HOKI BUKIT SERINDIT BERMULA JULAI
DUYONG 14 Januari - Stadium Hoki Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bukit Serindit bakal dinaik taraf membabitkan kos RM5 juta....
MASUK PERCUMA 20 FEBRUARI DITUNGGU-TUNGGU RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 14 Januari - Inisiatif Kerajaan Negeri yang akan meneruskan kemasukan percuma ke lokasi pelancongan di negeri ini pada...