‘Baju percuma di Charity Outlet Melaka Mall’

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 24 Mac – Biarpun hanya menyediakan pakaian terpakai percuma, ‘Charity Outlet Melaka Mall’ di sini mampu mengukir senyuman buat golongan memerlukan di negeri ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata inisiatif dilaksanakan sejak tahun lalu itu ternyata memberi manfaat kepada rakyat Melaka.

“Gembira apabila dapat melihat senyuman pada wajah golongan memerlukan ini biarpun dengan hanya menyumbang pakaian terpakai.

“Kita menerima sumbangan pakaian daripada orang ramai, sebelum pakaian ini digantung kita akan asingkan dahulu mana yang elok.

“Waktu operasi setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang, Insya-Allah kita akn kaji semula untuk buka pada Sabtu dan Ahad selepas ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Katanya, orang ramai khususnya golongan memerlukan boleh mendapatkan pakaian percuma itu di aras satu Kompleks Melaka Mall.

“Aktiviti mengumpul barangan terpakai ini termasuklah baju kanak-kanak, baju dewasa, beg, kasut dan lain-lain lagi.

“Bagi orang awam yang ingin menderma baju mereka boleh hantar terus kepada kita dan kita akan asingkan baju itu sama ada boleh pakai atau tidak.

“Outlet ini bukan hanya dibuka pada musim perayaan, malah setiap hari jika golongan memerlukan mahu ambil pakaian percuma di sini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3039
Kongsi :
Previous post Presiden persatuan Muay Thai didakwa ugut, cederakan kenalan
Next post Wanita warga emas di Kuala Terengganu rugi RM24,000 terpedaya ‘Love Scam’
Ubah saiz-+=