
Ban pecah, tujuh sekeluarga dipindahkan di Tanjong Karang
SHAH ALAM, 6 Nov — Tujuh sekeluarga dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air susulan limpahan akibat ban pecah di sekitar Pekan Tanjong Karang, awal pagi tadi.
Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata kesemua mangsa yang berusia dalam lingkungan empat hingga 70 tahun itu dipindahkan ke rumah jiran.
“Seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja kami menerima panggilan kecemasan pada 4.07 pagi.
“Operasi pemindahan kemudiannya dilakukan bermula 5.25 pagi tadi melibatkan sebuah keluarga selepas rumah mereka dinaiki air,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Norazam berkata keadaan kini terkawal dan limpahan air setinggi satu meter awal pagi tadi di sekitar pekan itu telah surut.
Katanya pihaknya kini sedang berhubung dengan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk proses pembaikan ban.
“Air menunjukkan tren penurunan bermula 6.13 pagi dan pemantauan oleh bomba masih dilakukan di kawasan sekitar untuk sebarang kemungkinan,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SIAP SIAGA HADAPI CUACA PANAS EKSTREM, JEREBU
SERI NEGERI 26 Ogos - Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) bersiap siaga menghadapi kemungkinan cuaca panas ekstrem...
TIGA CEDERA BAS DINAIKI TERBABAS ELAK LORI
JASIN 26 Ogos - Tiga termasuk seorang warga tempatan cedera selepas bas dinaiki terbabas ketika cuba mengelak sebuah lori yang...
AYDA JEBAT ANTARA 431 TERIMA DARJAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN MELAKA SESI KEDUA
SERI NEGERI 26 Ogos - Penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat antara 431 penerima...
MELAKA RUMAHKU: 202 KEDIAMAN DIBAIK PULIH, DIBINA BAHARU
ASAHAN 26 Ogos - Sebanyak 101 rumah baharu dibina manakala 101 lagi kediaman dibaik pulih di seluruh Melaka menerusi inisiatif...
10 TAHUN HIDUP DALAM RUMAH SEMPIT, AKHIRNYA ADA RUANG UNTUK BERNAFAS
ASAHAN 26 Ogos - Selama kira-kira 10 tahun, rumah kecil yang dihuni Engku Azlinah Tengku Azhar, 40 bersama suami dan...
68 LAMPU SOLAR TERANGI JALAN GELAP ASAHAN
ASAHAN 26 Ogos - Jalan-jalan gelap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal diterangi 68 lampu solar yang bakal dipasang...
