Masjid Safinah An Najah mampu tampung lebih 1,600 jemaah – KM

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER MOLEK 6 November – Pembinaan Masjid Safinah An Najah di Kampung Tambak Paya dengan peruntukan RM4.298 juta mampu memuatkan seramai 1,620 jemaah.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata pembinaan masjid baharu itu dijangka siap sepenuhnya pada 7 Februari 2023.

Katanya, masjid berkenaan dibina bagi menggantikan Masjid Kampung Tambak Paya yang sudah berusia dibina sejak tahun 1937 dan ia tidak dapat menampung pertambahan jemaah.

“Kita jangka masjid ini siap pada 7 Feb 2023, saya mohon pihak kotraktor dan pengerusi masjid sendiri supaya menepati tarikh ditetapkan supaya dapat digunakan oleh anak-anak kariah di kampung ini,” katanya.

photo_2022-11-06_10-36-48
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama, Sulaiman Md Ali (tengah) diiringi Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Pengurusan Banjir dan Infrastruktur Negeri Melaka, Datuk Rahmad Mariman (dua dari kanan) bersama Calon BN Parlimen Hang Tuah Jaya (P.137), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (dua dari kiri) hadir pada Lawatan Tapak Binaan Masjid Paya Dalam, Ayer Molek, Melaka. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan tapak pembinaan Masjid Safinah An Najah di Kampung Tambak Paya di sini, hari ini.

Hadir sama Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCorp), Datuk Mashitah Ismail dan lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata setiap pembinaan masjid baharu di negeri ini masih lagi mengekalkan konsep bumbung sedia ada.

“Saya tiada jumlah berapa banyak masjid lama di Melaka, namun setiap masjid baharu dibina dan akan dinaiktaraf masih mengekalkan struktur binaan bumbung yang lama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2692
Kongsi :
Previous post Utamakan kerja hakiki sebelum bantu calon berkempen – KM
Next post Ban pecah, tujuh sekeluarga dipindahkan di Tanjong Karang
Ubah saiz-+=