Keputusan UMNO menamakan Ismail Sabri sebagai PM tidak berubah

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

GADEK 6 November – UMNO menafikan dakwaan pihak tertentu yang sengaja mencipta surat aku janji palsu mengaitkan pelantikan Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, keputusan dan pendirian parti menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri adalah kekal dan bukan individu lain.

“Perkara-perkara begitu tidak ada kena-mengenai hendak menggugurkan mana-mana kes mahkamah jauh sekali menamakan calon Perdana Menteri lain.

“Daripada keputusan parti yang jelas iaitu BN jika diberi mandat, nama yang diangkat untuk pertimbangan Yang Di-Pertuan Agong adalah Perdana Menteri sedia ada iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Itu adalah keputusan parti dan saya yakin keseluruhan kepimpinan parti termasuk Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkali-kali sudah bercakap inilah keputusna parti yang akan dipatuhi dan dibawa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri rumah terbuka Deepavali anjuran ADUN Gadek yang juga Pengerusi MIC Melaka, V.P Shanmugam, di Gadek, Melaka, malam tadi.

Mengulas lanjut, Shahril Sufian berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab mencipta surat aku janji palsu itu dianggap terdesak.

Jelasnya, perkara itu tidak sama sekali melemahkan semangat parti untuk berjuang menjelang PRU15 dan meminta semua kepimpinan dan ahli UMNO perlu sepakat menangkis semua tohmahan dan fitnah itu.

Terdahulu, tular dokumen yang dilihat menggunakan kepala surat UMNO serta memaparkan tandatangan Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN, bersama Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan, selepas pengumuman rasmi calon BN, Selasa lalu.

Aku janji berkenaan antaranya didakwa menyokong sebarang tindakan Presiden UMNO dalam membuat sebarang perancangan dengan parti atau pakatan politik lain, jika UMNO dan BN gagal membentuk kerajaan secara sendiri selepas PRU15.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2104
Kongsi :
Previous post Ban pecah, tujuh sekeluarga dipindahkan di Tanjong Karang
Next post PRU: BN lancar manifesto esok, garis 10 teras, 99 tawaran
Ubah saiz-+=