
Banduan bunuh rakan satu sel didakwa
MELAKA, 29 Mac — Seorang banduan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan membunuh rakan satu sel selepas terbabit dalam pergaduhan di Kompleks Penjara Sungai Udang, Februari lepas.
Mohd Fahrur Radzi Chahat, 34, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Dia dituduh dengan sengaja menyebabkan kematian seorang lelaki warga Indonesia, Paidi Atmok Sukar, 47, di sebuah bilik di Tingkat 1, Zon A, Blok Cekal Kompleks Penjara Sungai Udang, kira-kira 2.15 petang pada 17 Feb lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan memperuntukkan hukuman mati.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J Banusha manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Mazana menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.
Pada 24 Feb lepas, media melaporkan seorang banduan warga Indonesia berusia 47 tahun meninggal dunia di Hospital Melaka selepas tujuh hari menerima rawatan akibat kecederaan selepas bergaduh dengan rakan satu sel di Kompleks Penjara Sungai Udang.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JKM MELAKA BAKAL TERIMA 10 PEGAWAI BAHARU
MERLIMAU 16 Julai - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka bakal menerima tambahan 10 pegawai baharu, sekali gus meningkatkan lagi tahap...
HAWANA 2026: TNB RAI PENGAMAL MEDIA MELAKA
AYER KEROH 16 Julai - Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus mengiktiraf peranan penting pengamal media sebagai rakan strategik dalam menyampaikan...
BERGAMBAR DENGAN BOT ‘ZEBRA’, DAPAT DISKAUN ZOO MELAKA
AYER KEROH 16 Julai - Orang ramai berpeluang menikmati diskaun istimewa sebanyak 10 peratus bagi pembelian tiket masuk ke Zoo...
TAMAN PENDAMAR INDAH PERUMAHAN BERKUALITI, PENUHI KEPERLUAN KELUARGA MODEN
AYER MOLEK 16 Julai - WEBEST Group terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri pembangunan hartanah di Melaka apabila melancarkan projek perumahan...
KARNIVAL RIANG RIA ISLAM: MAIM DEDAH ILMU FARDU AIN UNTUK ANAK ASNAF
AYER KEROH 16 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menganjurkan Karnival Riang Ria Islam (KARIM) Tunas Riang Majlis...
BERAS PERCUMA 100KG RINGAN BEBAN 1,000 PENGANTIN BAHARU TELOK MAS
TELOK MAS 16 Julai - Sumbangan 100 kilogram (kg) beras percuma kepada pasangan pengantin baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
