Edar 60,000 baucar diskaun tanda terima kasih

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 29 Mac – Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua pelanggan, Hotel MITC mengambil inisiatif mengedarkan sebanyak 60,000 baucar diskaun bufet Ramadan di hotel tersebut.

Pengurus Besarnya, Sazali Sabri berkata jumlah itu diedarkan kepada 30,000 penerima terdiri daripada pengunjung, agensi kerajaan dan syarikat swasta dalam negeri.

Katanya, baucar tersebut merupakan diskaun 20 peratus diberikan buat pengunjung untuk menikmati bufet Ramadan pada harga serendah RM88+.

“Inisiatif ini cara kami menzahirkan penghargaan serta terima kasih di atas sokongan selama ini.

“Penggunaan baucar 20 peratus diskaun ini adalah untuk berbuka puasa di Hotel MITC dan boleh membuat pilihan menu melalui imbas ‘QR Code’ pada muka hadapan baucar.

“Kami edarkan baucar tersebut menerusi kumpulan data pelanggan dan sekeping baucar diskaun adalah untuk kegunaan satu kali pembelian sahaja, tanpa had nilai pembelian dengan tempoh sah laku dari 24 Mac hingga 20 April,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Bufet Ramadan Hotel MITC di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai penglibatan sempena menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), jelasnya pihak hotel mempunyai beberapa perancangan untuk menarik pengunjung.

Jelasnya, pihaknya akan lebih giat mengikuti program di bawah Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) untuk merancakkan lagi TMM2024.

“Antara program yang hotel akan ikuti adalah program anjuran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan pelbagai program lain, namun masih di peringkat kepastian lagi.

“Hotel MITC akan terus berusaha memberi perkhidmatan dan makanan yang terbaik Negeri Melaka sempena TMM2024 kelak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1043
Kongsi :
Previous post Usaha menjejaki Aliah Qistina giat dijalankan
Next post Banduan bunuh rakan satu sel didakwa
Ubah saiz-+=