Usaha menjejaki Aliah Qistina giat dijalankan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

JASIN 29 Mac – Usaha menjejaki remaja perempuan 16 tahun yang dilaporkan hilang di rumahnya di Taman Maju, di sini, pada 17 Mac lalu giat dijalankan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, pelbagai aspek diambil kira pihaknya dalam usaha mengesan Aliah Qistina Budiyanto yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah, itu yang hilang sejak 12 hari lalu.

“Remaja itu belum ditemui dan kita amat risau dengan keadaanya yang hilang sejak 12 hari lalu, namun begitu usaha menjejakinya giat dijalankan.

“Malah bagi membantu dan mendapatkan maklumat tambahan juga, hari ini ibu bapa remaja itu dipanggil ke balai polis. Berdasarkan siasatan kita yakin remaja itu masih di sekitar Melaka,” katanya.

Menurut beliau, sebelum ini, pegawai penyisat dan pegawai perhubungan sekolah juga telah menemui pihak pengurusan sekolah SMK Iskandar Shah dan rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Pegawai penyiasat telah menyenarai hitamkan butiran orang hilang sebagai individu yang dikehendaki pihak polis selain siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Melaka Hari Ini, sebelum pada Isnin melaporkan, ibu Qistina, Noor Farimahtul Zaharah Talib tidak akan berputus asa dan mencari ikhtiar supaya anak perempuannya kembali ke pangkuan keluarga.

Kehilangan anak sulung dari dua beradik itu disedari kira-kira jam 12 tengah malam, Jumaat lalu selepas mendapati anaknya itu tiada di bilik tidur selain pintu dapur kediaman mereka terbuka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1659
Kongsi :
Previous post PM Anwar umum inisiatif tambahan Belanjawan 2023
Next post Edar 60,000 baucar diskaun tanda terima kasih
Ubah saiz-+=