Banjir di daerah Alor Gajah terkawal

Masa Membaca:58 Saat

ALOR GAJAH 17 Mei. – Keadaan banjir kilat di Alor Gajah masih terkawal dan setakat ini hanya membabitkan kawasan di Durian Tunggal.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya pihaknya sedang menunggu laporan penuh daripada beberapa agensi dan dimaklumkan banjir tidak membabitkan korban.

“Hujan lebat yang berlaku sejak awal pagi tadi membuatkan beberapa kawasan di Durian Tunggal dinaiki air, bagaimanapun ia terkawal dan keadaan kini paras air kembali surut.

“Pihak polis bagaimanapun terus bersiap siaga dan bekerjasama dengan setiap agensi terlibat sekiranya sebarang kebarangkalian berlaku banjir besar dalam cuaca yang tidak menentu ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah Mohd Fadhil Hassan berkata, pihaknya belum menerima laporan banjir yang berlaku membabitkan penduduk di daerah itu.

Katanya, setakat ini beliau mengesahkan tiada kediaman atau premis dinaiki air di Alor Gajah dan banjir kilat hanya membabitkan kawasan di Durian Tunggal sahaja.

“MPAG kini bersiap sedia untuk menghulurkan bantuan dan menunggu laporan sekiranya terdapat bantuan diperlukan menerusi Pejabat Daerah Alor Gajah.

“Kebiasaanya bantuan yang dihulurkan meliputi kerja-kerja penyelenggaraan kepada penduduk seperti insiden pokok tumbang serta pelbagai lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

907
Kongsi :
Previous post PKRC MITC belum boleh beroperasi-KM Sulaiman
Next post Agong zahir tahniah kejayaan Pavit juarai pertandingan pidato umum dunia
Ubah saiz-+=