
Banjir: Lebih 200 mangsa dipindahkan ke SK Taman Merdeka
KESIDANG 2 Jan – Hujan berlarutan yang mengakibatkan banjir di sekitar Batu Berendam menyaksikan lebih ramai penduduk terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Merdeka, di sini, petang ini.
Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati setakat jam 3 petang, seramai 55 keluarga melibatkan 215 mangsa telah ditempatkan di PPS tersebut.
Difahamkan kebanyakan mangsa yang ditempatkan di situ ialah dari kawasan Taman Merdeka Jaya dan Taman Thambhy Chik Karim.
Untuk rekod, PPS SK Taman Merdeka mula dibuka semalam, pada jam 8 malam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
HAMEED MAHU PERKUKUH INFRASTRUKTUR ASAS, TANGANI RISIKO BANJIR
SERI NEGERI 19 November - Menangani isu banjir serta memastikan kemudahan infrastruktur asas terus berada pada tahap baik menjadi keutamaan...
KEBAJIKAN ASNAF, MUALAF JADI KEUTAMAAN – RAIS
PENGKALAN BATU 19 November – Kebajikan golongan asnaf, mualaf dan pelajar menjadi antara keutamaan dalam usaha memperkukuh peranan Majlis Agama...
NIKMAT KEMAJUAN MESTI DIRASAI SETIAP RAKYAT – AB RAUF
SERI NEGERI 19 November - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh mahu setiap usaha pembangunan yang dilaksanakan...
1,500 UMAT ISLAM BERHIMPUN, TANDA KESYUKURAN DAN DOA UNTUK MELAKA
PENGKALAN BATU 19 November - Kira-kira 1,500 umat Islam berhimpun di Masjid Al-Azim, Bukit Palah bagi menzahirkan kesyukuran serta memohon...
EXCO MELAKA WAJIB KEMUKA PELAN PELAKSANAAN MANIFESTO DALAM 100 HARI
SERI NEGERI 19 November - Setiap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka diwajibkan mengemukakan pelan pelaksanaan manifesto mengikut portfolio masing-masing...
JELAJAH TERIMA KASIH RAKYAT DEKATI MASYARAKAT, DENGAR ASPIRASI – AB RAUF
SERI NEGERI 19 November - Kerajaan Negeri akan melaksanakan Program Jelajah Terima Kasih Rakyat sebagai usaha berterusan mendekati masyarakat, mendengar...

