
Banjir : Sungai Melaka berstatus merah, aras air terus meningkat pagi ini
MELAKA 1 Jan – Paras air Sungai Melaka di Melaka Pindah dan Batu Hampar pagi ini terus berada pada status merah (bahaya), menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
JPS dalam kenyataannya memaklumkan paras Sungai Melaka di Melaka Pindah kini pada tahap 12.1 meter (m) melepasi aras bahaya 11.9m.
Manakala di Batu Hampar meningkat pada 2.67m berbanding 2.48m semalam.
Selain itu paras air di Sungai Kesang, Cheng D/S dan Sungai Duyong turut berada pada tahap amaran pagi ini.
Sungai Kesang di Telok Rimba setakat jam 7 pagi merekodkan bacaan aras air 3.58m menghampiri aras bahaya 3.7m, manakala Cheng D/S merekodkan bacaan 2.57m
Sementara, Sungai Duyong pula menunjukkan bacaan 1.44m menghampiri aras bahaya 1.80m.
Dalam kenyataannya, JPS meminta orang ramai sentiasa peka dan berwaspada serta mendapatkan amaran dan ramalan banjir terkini.
Bagi mendapatkan maklumat berkenaan kenaikan aras sungai di kawasan anda serta kadar lebat hujan dengan melayari, publicinfobanjir.water.gov.my
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ‘KENAPA ISU HANYA TIMBUL SELEPAS DUA BULAN?’ – ISMAIL SABRI
RIM 12 November - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan kelewatan membangkitkan isu pelaksanaan tahanan rumah terhadap...
PRN MELAKA: ZAHID AKUI TIDAK SILAP PILIH AB RAUF PIMPIN MELAKA
PENGKALAN BATU 12 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Ketua Menteri, Datuk Seri...
PRN MELAKA: BN HARAP SOKONGAN PENGUNDI CINA MENINGKAT
AYER MOLEK 12 November - Barisan Nasional (BN) berharap sokongan pengundi Cina di Melaka meningkat pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...
BN YAKIN MENANG BESAR, KERJASAMA PN SATUKAN UNDI MELAYU – ISMAIL SABRI
RIM 12 November – Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diyakini mampu menyatukan sokongan pengundi Melayu, sekali gus...
PRN MELAKA: KERJASAMA BN-PN SERASI, HARAP DITERJEMAH KEPADA SOKONGAN RAKYAT
AYER MOLEK 12 November - Kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat diterjemahkan kepada sokongan...
PRN MELAKA: BEZA PENDIRIAN POLITIK, TIDAK JEJAS KERJASAMA NASIONAL – ZAHID
AYER MOLEK 12 November - Perbezaan pendirian politik Barisan Nasional (BN) dengan parti lain di peringkat negeri tidak bermakna gabungan...
