
Kampung Morten jadi ‘pulau’
BANDARAYA MELAKA 2 Jan – Kenaikan mendadak paras air Sungai Melaka menyebabkan beberapa kawasan sekitarnya dinaiki air pagi ini.
Antara yang terjejas ialah Kampung Morten dan Pantai Peringgit.
Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati, keadaan air sungai berwarna ‘teh tarik’ menyebabkan kawasan Kampung Morten berubah menjadi seakan sebuah ‘pulau’.
Manakala di Pantai Peringgit, air yang melimpah mula memasuki kawasan rumah penduduk di Rumah Awam Pantai Peringgit hingga memaksa mereka berpindah ke kawasan selamat.
Setakat jam 7 pagi tadi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air Sungai Melaka Batu Hampar berada pada aras 2.67 meter, jauh melepasi aras bahaya 2 meter yang ditetapkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PANGGILAN VIDEO DARI TANAH SUCI BUKTI KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 25 Mei - Panggilan video daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kini sedang menunaikan ibadah...
MUSIM RAYA, MACHAP UMBOO DIBANJIRI PELANCONG
MACHAP JAYA 25 Mei - Sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Machap Umboo sentiasa menjadi acara yang dinantikan saban tahun...
MPJ TINGKATKAN STANDARD KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN
JASIN 25 Mei - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meningkat standard aspek kebersihan dan kesihatan awam melibatkan premis makanan dalam kawasan...
LEGENDA ROTI KOK 90 TAHUN, RENTAS EMPAT GENERASI
MACHAP JAYA 25 Mei - Setiap gigitan rangup mampu menghidupkan kembali kehangatan nostalgia zaman dahulu. Aroma yang dibakar sempurna dapat...
‘KING OYEN’ SERONOK BONCENG BASIKAL
BANDA HILIR 24 Mei - Gelagatnya yang tenang dan bersahaja membonceng basikal menjadikan seekor kucing berwarna oren atau lebih mesra...
‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik...

